11 Ogos 2010

PU mahu semua PJS yang akan rasmikan Bangunan HPA IC

/

Kalau RFC dirasmikan oleh Menteri Besar / Ketua Menteri setiap negeri, tetapi menara HPA yang dikenali sebagai HPA IC di Shah Alam nanti, semua PJS yang akan merasmikannya bersama Pengarah Urusan. Kita ada 147 orang PJS di seluruh Malaysia setakat ini. Begitulah harapan Tn Hj Ismail kepada para PJS yang merupakan tulang belakang kepada pengedaran produk HPA.


Beliau menyatakan demikian dalam ucaptama semasa Majlis Aku Janji PJS di Dewan Omar Mokhtar Lagenda Height Sg Petani pada hari Isnin 9 Ogos 2010. Seramai 80 orang PJS dari KPT, KPA serta sebahagian dari KPU telah hadir ke majlis taklimat dan  Akujanji PJS bersama Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Ahmad. 

Turut memberi taklimat PU2 Tuan Haji Fisal Ahmad Tajuddin, beliau memberi taklimat tentang HPA Melaka Halal Hub yang telah diberi hak oleh Kerajaan Negeri Melaka kepada HPA untuk menjadi Anchor (ketua vendor) kepada usahawan muslim yang bernaung bawah MHH. 

Juga taklimat produk baru HPA oleh Dr Zakaria Abdullah.

Dr. Zakaria Abdullah merupakan perunding Nutramedica Laboratories Sdn Bhd dari Melaka Halal Hub telah berjaya menghasilkan air alkali jenis titisan dengan jenama One Shot Chlorophyll Drops yang mampu mengalkalikan air ke pH9 hingga pH10 dengan 1-2 titisan sahaja dalam segelas atau sebotol 500ml air yang ditapis. 

KINI produk tersebut dengan jenama baru ALKARADIX CHLOROPHYLL DROPS dipasarkan 100% oleh HPA dengan harga hanya RM50.00 sebotol !!! 
Harga pengedar HPA cuma RM45.00 dengan 10NM. 
/