22 April 2010

JADUAL TUGASAN PJS UNTUK KELAS MINGGUAN MEI-JULAI 2010





  
Garis Panduan Tugasan bagi PJS


  1. Setiap PJS hendaklah sentiasa melihat perkembangan terkini tugasan di web: www.kpa2u.blogspot.com

  2. Adalah tanggungjawab PJS sendiri untuk memastikan bila dan dimana PJS bertugas

  3. PJS hendaklah menepati masa dan hendaklah datang awal ditempat tugasan

  4. PJS bertugas perlu memantau dan memberikan komen keseluruhan perjalanan meeting mingguan serta menandatangani pada buku kehadiran meeting mingguan yang disediakan oleh Komuniti di cawangan.

  5. PJS bertugas hendaklah bersedia untuk membentangkan apa sahaja topik berkaitan dan semasa syarikat.

  6. PJS juga boleh memaklumkan kepada komuniti tentang topik yang akan disampaikan

  7. PJS hendaklah maklumkan kepada komuniti jika tidak dapat hadir dan BERTANGGUNGJAWAB mencari pengganti dikalangan PJS.

  8. Unit Latihan AKAN sentiasa memantau melalui Komuniti dan laporan PJS.

  9. Tindakan tegas akan diambil termasuk cadangan ditarik balik Pangkat PJS jika didapati langsung tidak menunjukkan komitment dalam melaksanakan tugasan yang diberikan

  10. Unit Latihan KPA sentiasa berusaha untuk memastikan meeting mingguan dapat berjalan dengan baik dan mendapat sambutan ahli dan masyarakat. Sebarang laporan dan cadangan atau pertanyaan hendaklah melalui pesanan ringkas / SMS kepada Unit latihan: 013-2099877 atau email: madani.agency@gmail.com

  
Garis Panduan Komuniti Cawangan
  1. Setiap Komuniti di cawangan hendaklah membentuk jawatankuasa masing-masing, sekurang-kurangnya sebagaimana struktur organisasi KPA termasuk melantik Penasihat dikalangan PJS.

  2. Komuniti bertanggungjawab memantau setiap aktiviti dicawangan agar menepati dengan aspirasi syarikat

  3. Setiap aktiviti hendaklah selari mengikut syara’

  4. Komuniti hendaklah sentiasa dan bersedia terutama dalam penyediaan kelengkapan meeting mingguan dan aktiviti seumpamanya

  5. Bagi memastikan aktiviti meeting mingguan dapat berjalan lancar... sebaiknya hubungi PJS bertugas 3 hari sebelum sebagai makluman

  6. Komuniti bertanggungjawab memberikan laporan ringkas termasuk kehadiran(PJS bertugas dan kehadiran ahli) pada setiap Ahad kepada Unit Latihan.

  7. Komuniti cawangan hendaklah menjalinkan hubungan yang baik dengan staf di cawangan dan sentiasa bekerjasama dalam memeriahkan cawangan dan menghormati batasan tanggungjawab masing-masing

  8. Unit Latihan KPA sentiasa berusaha untuk memastikan Aktiviti cawangan dapat berjalan dengan baik dan mendapat sambutan ahli dan masyarakat. Sebarang laporan dan cadangan atau pertanyaan hendaklah melalui pesanan ringkas / SMS kepada Unit latihan: 013-2099877 atau email: madani.agency@gmail.com

  9. Komuniti hendaklah sentiasa melihat perkembangan terkini aktiviti kelab KPA dan syarikat di web: http://www.kpa2u.blogspot.com/

                                       YANG MENJALANKAN TUGAS: UNIT LATIHAN KPA

19 April 2010

PJS HJ ZAINAL MASUK WAD HUKM

/
Dukacita dimaklumkan bahawa Pjs Hj Zainal Ahmad dari Ulu Langat telah dimasukkan ke dalam wad di Hospital UKM Cheras

Hospital HUKM

Tingkat 4, Wad 4F, Katil 15.

Beliau dimasukkan ke dalam wad petang tadi.

Marilah sama-sama kita berdoa semoga cepat sembuh. Dan silalah berziarah waktu melawat di wad tersebut.

05 April 2010

PJS BENTENG KEKUATAN HPA

/
Pengarah Jati Setia (PJS) merupakan benteng pertahanan yang kuat dalam memacu dan memartabatkan HPA untuk terus berkembang bukan sahaja dalam negara malah hingga ke peringkat antarabangsa. PJS adalah skuad elit yang diwujudkan dalam HPA. Mereka bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju pasaran dan memperjuangkan produk-produk halal HPA. PJS adalah pemimpin yang menjadi contoh kepada seluruh pengedar dan aset yang menjadi kebanggaan HPA.

Sebahagian daripada PJS yang hadir

Demikian ditegaskan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad dalam satu perjumpaan khas dengan 80 PJS dari seluruh negara yang diadakan di HPA Cawangan Sungai Petani. Sebagai pemasar terbaik, PJS perlu memainankan peranan dengan lebih aktif dan sistematik. PJS perlu bergerak dalam sebuah organisasi melalui kelab masing-masing dengan penuh kejujuran, setiakawan dalam semangat ukhuwah dan berjamaah.

PJS Ustaz Zahir sedang mengendalikan bengkel

Pengarah Urusan juga mengingatkan semua PJS bahawa semakin besar perniagaan HPA, maka ancamannya juga semakin besar. Ini kerana HPA bukanlah sebuah syarikat yang meletakkan kepentingan individu sebagai keutamaan, malah HPA lahir sebagai wadah memperjuangkan ekonomi ummah. Dalam usianya mencapai 11 tahun dalam MLM, cabaran dan ujian silih berganti. Namun HPA tetap teguh dan utuh malah terus bergerak ke hadapan dengan sokongan pengedar dan kesetiaan para PJS. Beliau amat yakin bahawa suatu hari nanti HPA mampu menjadi wadah perjuangan umat Islam seluruh dunia dalam perjuangan memartabatkan produk halal.

Sebahagian daripada PJS Muslimat

Beliau menasihatkan agar semua kelab yang didokong oleh PJS mengikut zon perlu diperkemas. Ini termasuklah pengurusan dan pentadbiran organisasi, pengurusan kewangan dan akaun dan pengurusan latihan dan kepimpinan. PJS perlu mewujudkan suasana yang harmoni dan ukhuwah demi perpaduan dan keutuhan.

PJS Ust Zahir, PJS Ust Ramizu dan PJS Cikgu Nadzri sedang menjamu selera

PJS juga diingatkan agar memberi keutamaan kepada produk-produk keluaran HPA daripada kepentingan produk-produk lain. Ini kerana HPA lahir atas dasar perjuangan. Semua PJS diberi amaran agar menghubungi HPA sekiranya ada pihak-pihak tertentu yang datang untuk melatakkan barangan mereka di stokis dan cawangan HPA. Produk-produk yang dijual secara ‘tumpang’ dengan kejayaan HPA adalah atas dasar persaingan dan kepentingan peribadi, bukannya untuk kepentingan ummah.

PJS Muslimat juga menikmati jamuan yang disediakan

Oleh yang demikian, semua PJS yang telah ‘menerima’ produk tersebut dikehendaki memulangkannya dengan kadar segera kepada ‘pembekal’ tersebut.

Dalam perjumpaan tersebut, Pengarah Urusan memaklumkan bahwa harga produk HPA akan dikekalkan pada harga sekarang tanpa sebarang kenaikan walau pun berlaku kenaikan harga minyak dan harga bahan mentah sama ada di peringkat nasional dan antarabangsa.

Salinan dari ekpu.blogspot.com/search/label/Pengarah Jati Setia (PJS)
/

04 April 2010

PJS CIKGU MURAD dan HERBALIS HJ RAMLY dilantik sebagai Pensyarah KPJ

/
Alhamdulillah selain daripada Us. Mohamad bin Ibrahim, Tn Hj Ismail telah melantik dua lagi tokoh yang tak asing lagi dikalangan pengedar khususnya di Lembah Klang sebagai Pensyarah untuk Kuliah Perubatan Jawi yang akan diadakan disetiap negeri setiap bulan mulai sekarang. Mereka yang dilantik itu ialah:

1. PJS CIKGU MURAD BIN ABU BAKAR.

2. HERBALIS HJ RAMLY AHMAD

3. US. MOHAMAD BIN IBRAHIM (US MAD CINA)

Semoga mereka dapat menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan untuk bergerak diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak malah ke Indonesia...
/