22 April 2010

JADUAL TUGASAN PJS UNTUK KELAS MINGGUAN MEI-JULAI 2010





  
Garis Panduan Tugasan bagi PJS


  1. Setiap PJS hendaklah sentiasa melihat perkembangan terkini tugasan di web: www.kpa2u.blogspot.com

  2. Adalah tanggungjawab PJS sendiri untuk memastikan bila dan dimana PJS bertugas

  3. PJS hendaklah menepati masa dan hendaklah datang awal ditempat tugasan

  4. PJS bertugas perlu memantau dan memberikan komen keseluruhan perjalanan meeting mingguan serta menandatangani pada buku kehadiran meeting mingguan yang disediakan oleh Komuniti di cawangan.

  5. PJS bertugas hendaklah bersedia untuk membentangkan apa sahaja topik berkaitan dan semasa syarikat.

  6. PJS juga boleh memaklumkan kepada komuniti tentang topik yang akan disampaikan

  7. PJS hendaklah maklumkan kepada komuniti jika tidak dapat hadir dan BERTANGGUNGJAWAB mencari pengganti dikalangan PJS.

  8. Unit Latihan AKAN sentiasa memantau melalui Komuniti dan laporan PJS.

  9. Tindakan tegas akan diambil termasuk cadangan ditarik balik Pangkat PJS jika didapati langsung tidak menunjukkan komitment dalam melaksanakan tugasan yang diberikan

  10. Unit Latihan KPA sentiasa berusaha untuk memastikan meeting mingguan dapat berjalan dengan baik dan mendapat sambutan ahli dan masyarakat. Sebarang laporan dan cadangan atau pertanyaan hendaklah melalui pesanan ringkas / SMS kepada Unit latihan: 013-2099877 atau email: madani.agency@gmail.com

  
Garis Panduan Komuniti Cawangan
  1. Setiap Komuniti di cawangan hendaklah membentuk jawatankuasa masing-masing, sekurang-kurangnya sebagaimana struktur organisasi KPA termasuk melantik Penasihat dikalangan PJS.

  2. Komuniti bertanggungjawab memantau setiap aktiviti dicawangan agar menepati dengan aspirasi syarikat

  3. Setiap aktiviti hendaklah selari mengikut syara’

  4. Komuniti hendaklah sentiasa dan bersedia terutama dalam penyediaan kelengkapan meeting mingguan dan aktiviti seumpamanya

  5. Bagi memastikan aktiviti meeting mingguan dapat berjalan lancar... sebaiknya hubungi PJS bertugas 3 hari sebelum sebagai makluman

  6. Komuniti bertanggungjawab memberikan laporan ringkas termasuk kehadiran(PJS bertugas dan kehadiran ahli) pada setiap Ahad kepada Unit Latihan.

  7. Komuniti cawangan hendaklah menjalinkan hubungan yang baik dengan staf di cawangan dan sentiasa bekerjasama dalam memeriahkan cawangan dan menghormati batasan tanggungjawab masing-masing

  8. Unit Latihan KPA sentiasa berusaha untuk memastikan Aktiviti cawangan dapat berjalan dengan baik dan mendapat sambutan ahli dan masyarakat. Sebarang laporan dan cadangan atau pertanyaan hendaklah melalui pesanan ringkas / SMS kepada Unit latihan: 013-2099877 atau email: madani.agency@gmail.com

  9. Komuniti hendaklah sentiasa melihat perkembangan terkini aktiviti kelab KPA dan syarikat di web: http://www.kpa2u.blogspot.com/

                                       YANG MENJALANKAN TUGAS: UNIT LATIHAN KPA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan