14 Februari 2010

STATUS PJS

/
1. Lantikan Mutlak Pengarah Jati Setia ( PJS ) akan dibuat oleh Pengarah Urusan HPA Industri Sdn Bhd,( Tn Hj Ismail Bin Hj Ahmad ).

2. Bagi Lantikan PJS sehingga Disember 2009, kontrak lantikan adalah selama enam ( 6 ) bulan sahaja bermula dari Januari sehingga Jun 2010.

3. Mana –mana PJS yang kekal bonus RM 3,000 ke atas akan dilantik semula selama enam ( 6 ) bulan bermula dari Julai sehingga Disember 2010 ( BAGI LANTIKAN SEHINGGA DISEMBER 2009 ).

4. Bagi Lantikan PJS bermula dari bulan Januari 2010,kontrak lantikan adalah selama tiga ( 3 ) bulan sahaja bermula dari bulan Januari sehingga Mac 2010.

5. Kelayakan Lantikan PJS hendaklah mencapai bonus bulanan Ringgit Malaysia Tiga Ribu Ke atas ( RM 3,000 ).

6. Status Kelayakan PJS akan digugurkan sekiranya bonus bulanan tidak mencapai Ringgit Malaysia Tiga Ribu ke atas ( RM 3,000 ) setiap bulan dan tidak beretika.

7. Permohonan semula boleh di buat bagi PJS yang digugurkan sekiranya bonus bulanan mencapai Ringgit Malaysia Tiga Ribu Keatas ( RM 3,000 ) dan menunjukkan pretasi disiplin yang memuaskan.

8. Lantikan PJS juga dilihat dari persepsi Keperibadian seseorang itu ( cth : Seorang yang
bertanggungjawab,berhemah,boleh menyelesaikan masalah, berdisiplin, berketerampilan, kemas, mempunyai jiwa yang sanggup berkorban demi melihat HPA terus dipertahankan dan lain lain lagi ).


SYARAT PENILAIAN DI PERINGKAT KELAB ATAU ZON

1. SILA NYATAKAN TIGA ( 3 ) NAMA PJS YANG MENYOKONG ANDA.

2. PJS TERSEBUT HENDAKLAH SUDAH MEMPUNYAI STATUS AHLI TIGA TAHUN DARI TARIKH LANTIKAN.

3. KELULUSAN LANTIKAN PJS TERSEBUT HENDAKLAH DARIPADA TIGA ( 3 ) DAERAH / ZON ( CTH : DARI ZON TIMUR,ZON UTARA DAN ZON TENGAH ).

4. PJS TERSEBUT HENDAKLAH BUKAN DARIPADA KUMPULAN SI PEMOHON ( BUKAN DARI GROUP SENDIRI ).

5. SEKIRANYA ANDA BERSETUJU,SILA LENGKAPKAN BORANG SEPERTI YANG DI LAMPIRKAN.

6. KEPUTUSAN LANTIKAN HENDAKLAH DI BUAT OLEH AHLI LEMBAGA TRIBUNAL MENGIKUT ZON MASING - MASING.

7. BORANG INI HENDAKLAH DI COP SECARA RASMI OLEH MAJLIS TRIBUNAL ZON MASING - MASING.


“ PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA TM “
/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan